BALI (Indonesia): Pendedahan kerajaan mengenai ancaman keselamatan di Malaysia bukan satu kenyataan berunsur politik, sebaliknya ia harus diambil serius oleh semua pihak, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, beliau telah beberapa kali mendedahkan Malaysia tidak terlepas daripada ancaman keselamatan oleh pengganas termasuk adanya perancangan mahu menculik pemimpin negara itu sekalipun ada sesetengah pihak memandang kenyataan itu sebagai berunsur politik.