Anggota Al-Qaeda serang bandar Ivory Coast

Pekelah di pantai dekat Grand Bassam bermandi darah

GRAND BASSSAM: Orang ramai yang bersantai di pantai bandar peranginan di Ivory Coast bermandi darah apabila sekumpulan lelaki bersenjata dari kumpulan Al-Qaeda Afrika Utara menyerang dan membunuh 16 orang termasuk empat warga Eropah, semalam.

Antara terkorban adalah seorang warga Perancis, seorang warga Jerman, Burkina Faso, Mali dan Cameroon, menurut Menteri Dalam Negeri Hamed Bakayoko.

Seorang saksi di bandar peranginan itu memberitahu agensi berita AFP, mereka terdengar salah seorang penyerang melaungkan "Allahu Akhbar".

Agensi berita Reuters pula melaporkan, enam penembak telah menyasarkan hotel di pantai dekat Grand Bassam, sebuah resort popular dalam kalangan pengunjung Barat, kira-kira 40 kilometer daripada ibu negara Abidjan, sebelum dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Ivory Coast.

"Seramai enam penyerang datang ke pantai di Bassam petang itu.

"Seramai 14 orang awam dan dua anggota pasukan tentera khas terbunuh," kata Presiden Ivory Coast, Alassane Ouattara ketika melawat tempat kejadian.

Kewarganegaraan mangsa lain masih belum diketahui, tetapi empat daripada mereka adalah warga Eropah. - AFP, Reuters.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.