GAZA: Jumlah korban akibat konflik di Gaza yang memasuki hari ke-24 kini mencecah 1,459 orang, sekali gus melepasi angka korban ketika konflik selama tiga minggu pada awal 2009.
Perkhidmatan kecemasan Gaza berkata sekurang-kurangnya 44 orang mati dalam serangan Israel kelmarin manakala 13 lagi mengalami kecederaan.