Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka korban ribut salji naik lebih 30 di AS

Dec 26, 2022 | 06:10 PM



NEW YORK: Ribut musim sejuk yang berterusan telah membawa bahaya dan kesengsaraan pada Hari Krismas kepada berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat pada Ahad (25 Dis) apabila salji dan kesejukan menyelubungi bahagian timur negara itu. 


Kematian berkaitan cuaca buruk itu telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 31.

Gabenor New York, Cik Kathy Hochul, penduduk asal di Buffalo berkata: “Ia seperti zon perang dan keadaan kenderaan di sepanjang tepi jalan sangat mengejutkan.”


Di Buffalo, salji 2.4 meter dan bekalan elektrik yang terputus telah mengakibatkan keadaan yang mengancam nyawa. 


Cik Hochul memberitahu wartawan pada Ahad petang bahawa penduduk masih mengalami “keadaan yang sangat bahaya yang mengancam nyawa” dan memberi amaran kepada sesiapa di kawasan itu agar kekal di dalam rumah.


Situasi krisis sedang berlaku di Buffalo, di barat New York, di mana ribut salji telah menyebabkan bandar itu terasing dengan perkhidmatan kecemasan tidak dapat mencapai kawasan yang menghadapi impak tinggi.


Lebih 200,000 orang di beberapa negeri timur tidak mempunyai bekalan elektrik pada pagi Krismas dan ramai lagi yang telah membatalkan rancangan perjalanan percutian mereka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >