Angka pelarian Syria dijangka cecah lebih 6 juta

NEW YORK: Bilangan orang yang kehilangan tempat tinggal di Syria dijangka naik hampir seganda dari sekitar 3.5 juta kini kepada 6.5 juta menjelang akhir tahun, menurut seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penyelaras Serantau Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) bagi Syria, Encik Amin Awad, dipetik dari agensi berita Xinhua sebagai berkata hampir 2.5 juta rakyat Syria telah mendapatkan perlindungan dari beberapa negara jiran.
Beliau berkata demikian kepada wartawan di ibu pejabat PBB di sini semalam.
Menurut Encik Awad, jumlah dana bagi pelarian dan orang yang kehilangan tempat tinggal (IDP) bagi tahun ini telah mencecah AS$6.5 bilion ($8.2 bilion), sebahagian besar nya digunakan bagi tujuan perlindungan, pendidikan dan tempat berteduh.
Menyifatkan situasi itu sebagai “satu kecemasan yang teramat sangat”, beliau menambah UNHCR merancang untuk menambah sokongan bagi golongan tersebut.
Selain IDP, Encik Awad berkata terdapat lagi 3 juta orang di Syria yang amat memerlukan bantuan, dan di kalangan mereka termasuk 8,000 kanak-kanak yang terpisah dari keluarga mereka. - Agensi, AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.