PIALA DUNIA 2014

Antara nasib pengurus dan peluang 3 pasukan

SAO PAULO (Brazil): Pengurus pasukan bolasepak England, Roy Hodgson, tidak bercadang meletakkan jawatan ekoran persembahan terburuk skuad negara itu dalam tempoh 56 tahun beraksi di Piala Dunia.

Malah, Hudgson yakin England masih punya harapan cerah untuk melangkah jauh, kecuali Persatuan Bola Sepak England, selaku majikannya, ingin membuat perubahan.

England tumpas buat kali kedua berturut-turut.

Awal pagi tadi, ia tersungkur 2-1 dalam pertemuannya dengan Uruguay di Sao Paulo.

"Saya kecewa, tetapi saya tidak fikir saya perlu berundur, tidak," kata pengurus berumur 66 tahun itu yang ditukil stesen penyiaran Britian, ITV.

Sementara itu, kedua-dua pasukan, Greece dan Jepun, yang mencatat keputusan seri 0-0 dalam pertemuan awal pagi tadi masih berpeluang merebut tempat ke pusingan kedua.

Sayangnya, Jepun tidak mengambil peluang mengalahkan Greece selepas pasukan itu bermain dengan 10 orang setelah seorang pemain mereka dibuang padang.

Dalam pada itu, kemasukan penyerang veteran, Didier Drogba pada separuh masa kedua gagal membantu Ivory Coast mencatat kemenangan. Ia tewas 1-2 kepada Colombia dalam perlawanan Kumpulan C tadi.

Kemenangan itu meletakkan Colombia dalam kedudukan selesa untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak 1990 selepas mendahului Kumpulan C dengan enam mata.

 

Ikuti sedutan ketiga-tiga perlawanan:

Columbia lawan Ivory Coast (2-1)

Uruguay lawan England (2-1) 

Jepun lawan Greece (0-0)

 

 

 

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.