Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar akui juruterbang MH370 ada hubungan dengan mertua anak lelakinya

Mar 18, 2014 | 05:33 PM



KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengaku bahawa juruterbang pesawat MH370 yang hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, punya hubungan dengan mertua anak lelakinya, lapor laman akhbar The Star Online.


"Saya tidak menafikan yang dia (Kapten Zaharie) punya hubungan dengan salah satu besan saya dan saya telah bertemu dengannya beberapa kali. Malah, beliau adalah kawan baik (anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Anggota Parlimen Subang) R. Sivarasa, seperti kami katakan sebelum ini," Datuk Seri Anwar memberitahu wartawan di lobi Parlimen hari ini.


"Tetapi, untuk mempolitikkan hal ini adalah tidak wajar. Kita harus menghormati hak keluarga dan mendoakan untuk mereka dan bukannya membuat dakwaan ke atasnya sebelum siasatan diselesaikan," tambahnya, yang mengaku juruterbang itu adalah penyokong tegar pembangkang dan beliau telah beberapa ketemu juruterbang itu di majlis-majlis parti politiknya.


"Saya tidak akan menyembunyikan hubungan saya dengan orang lain. Saya telah ketemunya sekali atau dua kali tetapi saya tidak ingat berapa kali sebenarnya," ujarnya lagi.


Datuk Seri Anwar kemudian menemplak para penulis blog pro-Umno kerana cuba menjejas reputasi juruterbang itu meskipun ramai menggambarkan Kapten Zaharie sebagai seorang yang "profesional, seorang lelaki yang memberi tumpuan kepada keluarga dan seorang yang percaya kepada usaha melawan demi keadilan".


Diminta mengulas spekulasi bahawa Kapten Zaharie mungkin telah membunuh diri menyusuli keputusan Mahkamah Rendah yang mendapati Datuk Seri Anwar bersalah kerana meliwat, pemimpin PKR itu berkata ia tidak masuk akal kerana ramai lagi warga Malaysia yang tidak menerima keputusan itu.


"Saya percaya 90 peratus pemandu teksi menyokong saya dan tidak menerima keputusan tersebut," ujarnya dan menambah, media asing juga kecewa dengan keputusan mahkamah itu.


Satu laporan akhbar Britain, Daily Mail, sebelum ini telah mengaitkan Kapten Zaharie dengan PKR.


Awal daripada itu, Datuk Seri Anwar telah ditukil akhbar South China Morning Post sebagai berkata:


"Saya tidak ingat namanya (Kapten Zaharie), tetapi apabila gambar-gambarnya ditunjukkan, saya ingat saya telah melihatnya di beberapa mesyuarat parti."


Datuk Seri Anwar menambah, mereka tidak berhubungan secara peribadi, tetapi Zaharie adalah pengikut akaun Twitternya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >