Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar beritahu PKR jangan tergesa-gesa sertai kempen Mahathir untuk singkir Najib

May 18, 2016 | 10:38 AM



KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang de facto Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Parti Keadilan Rakyat (PKR) beliau supaya mengelak bekerjasama dengan tokoh-tokoh berpengaruh Umno dalam kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Mantan timbalan perdana menteri itu sebelum ini menyokong kempan Deklarasi Rakyat bagi memaksa Datuk Seri Najib meletak jawatan berikutan tuduhan rasuah.



Bagaimanapun, dalam satu surat tulisan tangan dari penjara - di mana Datuk Seri Anwar sedang menjalani hukuman bagi kesalahan liwat penuh kontroversi - beliau memberi amaran kepada pembangkang supaya jangan tergesa-gesa menyertai kempen mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu, yang "kekurangan dan tidak konsisten dengan pembaharuan" yang dicari PKR.



"Malangnya, ini akan hanya meyakinkan Mahathir untuk terus berasa tidak bersalah bagi kemusnahan dan pembaziran yang berlaku pada zamannya," kata Datuk Seri Anwar dalam surat itu, yang menurut pemimpin PKR yang bercakap kepada akhbar The Straits Times, dibacakan sepada mesyuarat kepimpinan parti minggu lalu.



Beliau juga menuduh Tun Dr Mahathir dan sekutunya, Tun Daim Zainuddin, mantan menteri kewangan yang dilihat sebagai penggerak dan penggoncang dalam Umno, bekerjasama untuk mengekalkan kekuasaan golongan politik yang berkuasa dan kroni mereka "yang menyebabkan kemusnahan yang kita rasai hingga ke hari ini".



Datuk Seri Anwar menjadi timbalan Tun Dr Mahathir hingga 1998, apabila dia dipecat daripada kerajaan dan kemudian dipenjarakan atas dakwaan salah guna kuasa dan liwat.



Tuduhan liwat itu dibatalkan pada 2004, ttapi beliau dipenjarakan sekali lagi pada Februari tahun lalu atas tuduhan liwat baru.



Dalam suratnya, Datuk Seri Anwar, 68 tahun, berkata naif jika berfikir "Mahathir kini lebih terbuka kepada perubahan".



Beliau juga menyentuh tentang satu lagi percubaan menyingkirkan Datuk Seri Najib, yang didakwa diketuai Anggota Parlimen Umno yang paling lama berkhidmat, Tengku Razaleigh Hamzah, atau Ku Li.



"Kita sangat teruja akan idea itu atau kita begitu terdesak hendak menukar kepimpinan negara hingga kita komited (pada plot deklarasi berkanun itu). Hari ini, ia menjadi bahan ejekan, terutamanya selepas Ku Li sendiri menafikan pelibatannya," tulis Datuk Seri Anwar.



Beliau juga berkata "persaingan (dalam PKR) telah melampaui batas-batas etika hingga seolah-olah lebih baik berurusan dengan musuh politik daripada rakan".



Isterinya, yang juga presiden PKR, Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pada Selasa (17 Mei) surat tersebut satu "perkara dalaman" yang meminta parti itu "berhati-hati. Itu sahaja".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >