SHAH ALAM: Tindakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat sebagai pelan sokongan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata ini berikutan keputusan Datuk Seri Anwar yang turut mengumumkan mahu bertanding jawatan tersebut.