Anwar didapati bersalah meliwat

Dikenakan hukuman penjara lima tahun

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu, menurut Mahkamah Rayuan tadi.

Beliau dikenakan hukuman penjara lima tahun.

Panel tiga hakim, yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi, sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujah pendakwa raya dan peguam bela.

Datuk Balia, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan rayuan pihak pendakwa raya dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar daripada tuduhan itu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.  

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.