BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui hukuman penjara terhadap suaminya, Anwar Ibrahim, menjadi antara faktor kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Malah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kejayaan mempertahankan kerusi tersebut juga membuktikan bahawa Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara masih relevan.