KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Penjara yang tidak membenarkannya menghadiri sidang Parlimen yang sedang berlangsung di Dewan Rakyat.
Anwar, 67 tahun, selaku pemohon memfailkan permohonan itu melalui peguamnya dari firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Penjara Malaysia sebagai responden.