Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar gesa PH, BN manfaat kekuatan akar umbi untuk menang PRN

‘Gabungan tidak dapat digugat jika kekuatan Umno di kampung, DAP di bandar dan PKR di kawasan campuran disatukan’
Jul 17, 2023 | 03:19 PM



BUTTERWORTH: Perikatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan kekuatan akar umbi masing-masing bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengerusi PH itu berkata BN, terutama parti komponen utamanya Umno, mempunyai akar umbi yang kuat di kampung dan kawasan luar bandar, sementara kekuatan akar umbi Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen PH, ialah di kawasan bandar.

Beliau berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti yang dipimpinnya dan yang juga komponen PH, mempunyai kekuatan akar umbi di kawasan campuran.

“Jika Pakatan-Barisan mempunyai strategi yang kuat dengan menghimpunkan kekuatan akar umbi masing-masing, tidak ada sesiapa yang boleh menggugat kita pada masa depan,” ujar Datuk Anwar, yang juga Perdana Menteri Malaysia.

“Syaratnya adalah kita harus mengerahkan semua tenaga,” tambah beliau, semasa berucap di majlis pelancaran Jelajah Perpaduan Madani Negeri Pulau Pinang di tapak ekspo di Seberang Jaya dekat sini pada Ahad lalu.

Datuk Anwar berkata beliau yakin gandingan PH dan BN di Pulau Pinang akan dapat menempah sokongan yang luar biasa buat kerajaan perpaduan gabungan itu dalam PRN kali ini.

Beliau menambah bahawa gabungan PH-BN bukan untuk mengekalkan kuasa sebaliknya berlandaskan prinsip menyelamatkan negara dan melindungi tadbir urus baru negara.

“Dengan menggabungkan kedua-dua parti ini, saya percaya kita boleh mencapai keputusan yang luar biasa di Pulau Pinang,” katanya.

Selain itu, Datuk Anwar berkata beliau kagum melihat kebangkitan penduduk Pulau Pinang dan berasa yakin mereka akan memilih sebuah kerajaan negeri yang sudah terbukti di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Encik Chow Kon Yeow.

Antara yang hadir di majlis itu ialah Encik Chow; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga presiden Umno; Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, yang juga setiausaha agung DAP; Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Muhamad Sabu, yang juga presiden Parti Amanah Negara (PAN); pengerusi DAP, Encik Lim Guan Eng; pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno bagi Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; serta beberapa pemimpin PH dan BN yang lain. – The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >