Anwar Ibrahim dilarang masuk ke Jepun kerana tidak mohon visa

PETALING JAYA: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak dibenarkan masuk ke Jepun berikutan pemansuhan visa rakyat Malaysia untuk ke negara itu yang diputuskan baru-baru ini tidak melibatkan bekas banduan, kata pegawai kanan Kedutaan Jepun.

Menurut beliau, Datuk Seri Anwar, yang pernah dipenjarakan pada 1999, sepatutnya memohon untuk mendapatkan visa atau memfailkan rayuan bagi kebenaran khas masuk ke Jepun sewaktu ketibaannya di lapangan terbang.

Datuk Seri Anwar dikatakan tidak membuat permohonan visa mahupun memfailkan rayuan di lapangan terbang.

"Semua ketegangan ini dapat dielakkan sekiranya Anwar mengikut prosedur seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen Jepun," kata pegawai itu yang ditukil akhbar The Star hari ini.

Pegawai kanan kedutaan itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan Datuk Seri Anwar bahawa beliau diminta untuk meninggalkan Jepun serta-merta selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pagi Ahad lalu.

Pegawai kedutaan itu berkata pemansuhan visa untuk rakyat Malaysia yang berkuatkuasa pada Julai tahun lepas hanya untuk mereka yang tidak pernah disabitkan bersalah atau dipenjarakan selama lebih setahun.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.