BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti-parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang telah membuat perancangan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu, lapor laman mStar Online semalam.
Menurut laporan itu yang menukil agensi berita Bernama, Datuk Seri Anwar berkata peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Encik Lee Chin Cheh, pada 27 Januari lepas juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.