Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar mulai tugas Menteri Kewangan tumpu isu bajet, kelulusan projek

Muhyiddin nafi salah guna dana RM600b yang bertujuan bantu rakyat
Dec 07, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara rasmi memulakan tugasnya selaku Menteri Kewangan pagi semalam, setelah lebih 20 tahun meninggalkan tugas tersebut, yang disandangnya dari 1991 hingga 1998 semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



Dalam satu kenyataan bertulis yang dimuat naik di Facebook, Datuk Anwar berkata setelah mengadakan pertemuan dengan pegawai dan kakitangan kementerian itu, beliau mengadakan satu sidang media.



Antara isu utama yang beliau utarakan ialah belanjawan baru, semakan projek kawalan banjir bernilai RM7 bilion ($2.16 bilion) yang telah diluluskan, dan kontroversi perbelanjaan yang mencecah RM600 bilion semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Mengenai belanjawan baru, Datuk Anwar berkata ia akan dibahaskan tahun depan.



"Belanjawan itu akan diberi nafas dan pendekatan baru yang akan mencakup persoalan kemiskinan, kesenjangan serta langkah-langkah khusus dalam memastikan iklim yang lebih segar bagi menggalakkan pelaburan, memulihkan keyakinan serta memacu pertumbuhan ekonomi," ujarnya.



Datuk Anwar turut mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.



Beliau berkata RM7 bilion yang diluluskan kerajaan lalu daripada jumlah RM15 bilion bagi projek tebatan banjir akan disemak "kerana ia telah diluluskan tanpa proses yang mengikut peraturan".



"Saya akan pastikan perkara tersebut tidak diteruskan supaya prinsip ketelusan serta peraturan dipatuhi," tegasnya.



Mengenai kontroversi pembelanjaan RM580-RM600 bilion itu, Datuk Anwar menarik perhatian bahawa angka itu dimainkan semasa kempen Pilihan Ray Umum ke-15 bulan lalu kononnya sebagai bukti kerajaan dahulu membelanjakan wang begitu banyak untuk rakyat.



"Setelah diteliti, sejumlah besar dari wang itu adalah dari KWSP, iaitu wang simpanan hari tua rakyat sendiri dan juga untuk moratorium bank.



"Namun, ada beberapa puluh bilion yang lain yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan.



"Justeru, kepada Tan Sri Muhyiddin, jangan cabar kerajaan, kerana ada beberapa peraturan dan prosedur yang tidak dipatuhi serta ada beberapa syarikat berkepentingan melibatkan keluarga turut terpalit," ujar Datuk Anwar.



Menyentuh tentang badan bekalan beras nasional, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Datuk Anwar berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Syed Mokhtar, dan "memberikan arahan kepada Bernas untuk membayar sebanyak RM10 juta bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan, kepada pesawah yang miskin dan melarat".



"Keputusan ini tidak mudah kerana saya berdepan dengan konglomerat yang keuntungannya berbilion ringgit, dan ia tidak bermaksud untuk merobohkan empayar beliau, seperti dakwaan Menteri Besar Kedah," katanya.



Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memiliki hampir 92 peratus saham dalam Bernas melalui empat syarikatnya.



Sementara itu, pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan dakwaan Datuk Anwar bahawa terdapat "pelanggaran prosedur yang serius" dalam perbelanjaan RM600 bilion itu bagi pelbagai projek semasa beliau menjadi perdana menteri.



Datuk Anwar berkata jumlah kenaikan harga bagi projek itu "terlalu tinggi" dan diberikan kepada "pihak tertentu".



"Adalah menarik, bahawa mereka yang menggunakan 'kleptokrasi' sebagai kritikan sendiri sangat terjejas. (Terdapat banyak) urusan besar yang memberi manfaat kepada anak lelaki atau anak atau mertua mereka.



"Saya mesti ingatkan mereka, jika anda benar-benar mahu menyelesaikannya (rasuah), anda mesti bersedia untuk benar-benar telus dan disiasat," katanya kelmarin.



Datuk Anwar berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada Kabinet untuk membuat keputusan, sambil menambah bahawa tiada perbincangan mengenai pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu itu.



Menafikan dakwaan itu, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau tidak pernah mengambil atau menyalah guna sebarang dana yang bertujuan untuk membantu rakyat.



Kalau benar perkara itu berlaku, tentunya siasatan sudah lama dibuat, ujar beliau, sebagaimana dilaporkan akhbar The Straits Times.



"Dana berjumlah sebesar itu tentunya tidak boleh disembunyikan oleh Jabatan Audit Negara (JAN), yang mengaudit perbelanjaan kerajaan setiap tahun, dan laporannya akan dibentangkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen," ujar Tan Sri Muhyiddin dalam satu kenyataan melalui Facebook semalam.



Dalam kenyataan itu, Tan Sri Muhyiddin berkata tidak mungkin beliau boleh menyeleweng dana itu memandangkan ia adalah wang individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank, yang bukan di bawah kawalannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >