Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar saman kerajaan M'sia, mohon dibebaskan

Apr 17, 2017 | 12:07 PM



KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Malaysia dengan memohon perintah supaya dibebaskan dari penjara dengan alasan sabitan kes liwat ke atasnya diperoleh melalui penipuan oleh pengadu kes, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) hari ini.



Datuk Seri Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang, memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui melalui peguam N Surendran.



Dalam pernyataan tuntutan beliau, Datuk Seri Anwar berkata, sabitan liwat terhadapnya diperoleh melalui penipuan oleh Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi dan diteruskan di Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.



Datuk Seri Anwar berkata, disebabkan penipuan itu, keputusan oleh Mahkamah Rayuan mensabitkannya dan memerintahkan hukuman lima tahun penjara yang kemudian disahkan Mahkamah Persekutuan, adalah batal dan tidak sah.



Beliau berkata, sabitan dan hukuman itu boleh diketepikan mengikut Seksyen 44 Akta Keterangan 1950. Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar menuntut supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 dan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 diketepikan atas alasan penipuan.



Beliau dengan itu memohon perintah supaya dilepas dan dibebaskan. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >