KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim menyokong pendirian parti politik dan individu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
"Saya menyokong pendirian rakan daripada masyarakat sivil, parti politik dan individu, termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lain-lain bagi menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh ketua pembangkang baru-baru ini.