Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Anwar: Tidak benar semua kes siasatan babitkan pemimpin bermotif politik

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan jika semua kes pemimpin politik disiasat atau dihadapkan ke mahkamah dituduh bermotifkan politik, ia bermakna pihak berkuasa tidak lagi boleh mengambil tindakan andai ada pemimpin politik disyaki terbabit rasuah selepas ini.



Pada masa sama, beliau berkata adalah tidak benar bagi pihak tertentu mendakwa semua kes membabitkan pemimpin parti politik yang disiasat atau dihadapkan ke mahkamah adalah bermotifkan politik.



"Untuk mengatakan semua kes yang diambil (pemimpin politik disiasat pihak berkuasa) itu ada motif politik, maknanya tak bolehlah (siasat pemimpin politik), tangkap (jika ada) kes-kes rasuah lain (babit pemimpin politik) yang besar-besar, semua lepas?" tanya beliau, lapor Berita Harian Malaysia.



Datuk Anwar menjelaskan demikian ketika ditanya berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mantan perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Beliau turut mengulangi penegasannya sebelum ini bahawa beliau tidak campur tangan dalam kes membabitkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang dipanggil SPRM pada pagi Khamis untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung kes salah guna dana awam.



Namun, beliau mengakui memang ada memberi arahan kepada semua agensi berkaitan, termasuk SPRM dan Peguam Negara, supaya bertindak terhadap kes yang disyaki ada kaitan dengan salah guna kuasa dan ketirisan dana kerajaan.



"Urusan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa SPRM, tengok kes.



"Saya tidak campur, tetapi saya beritahu semua agensi termasuk SPRM dan Peguam Negara, tengok kes. Jadi orang setuju atau tak setuju, (kena) tengok kes, apa pendakwaannya, apa pertuduhannya," katanya, lapor Malaysiakini.



Datuk Anwar mengajak semua pihak yang mahu negara bersih daripada rasuah, harus melihat kes berkaitan gejala itu secara satu persatu, sama ada setiap kes itu benar-benar pendakwaan politik atau berdasarkan fakta.



"Yang saya sebut selama ini, Jana Wibawa (Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa), tebatan banjir, itu berdasarkan dokumen Kementerian Kewangan, bukan (dari) SPRM atau Jabatan Peguam Negara," katanya.



Ini kali kedua Tan Sri Muhyiddin dipanggil memberi keterangan mengenai Jana Wibawa oleh SPRM selepas kali pertama pada 18 Februari lalu dan ketika itu menegaskan beliau dipanggil sebagai saksi, bukannya suspek.



Namun, sehari kemudian, SPRM mengesahkan Tan Sri Muhyiddin adalah antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.



Jana Wibawa dilaksanakan semasa pandemik Covid-19, kesinambungan Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.



Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika pentadbiran kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >