Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar ulangi sokongan padu PKR kepada kepimpinan Mahathir

May 13, 2018 | 04:30 PM



KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengulangi sokongan padu parti itu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook Bebas Anwar hari ini (13 Mei), beliau turut melahirkan penghargaannya atas kunjungan Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan semalam.



“Dalam pertemuan itu... saya juga telah sampaikan keresahan pimpinan yang memohon agar kaedah rundingan lebih merangkumi.



“Pandangan tersebut disambut baik oleh Tun Dr Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya.



Datuk Seri Anwar juga berkata beliau telah menyampaikan pandangannya kepada pimpinan PKR untuk memastikan agar kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.



“Saya menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita,” ujarnya.



Laman berita The Malay Mail melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir telah melawat Datuk Seri Anwar yang sedang menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras selama satu setengah jam semalam.



Naib Presiden PKR, Encik Rafizi Ramli, juga berkata barisan Kabinet yang penuh akan berdasarkan sepersetujuan di kalangan empat parti yang membentuk Pakatan Harapan, menyusuli pertemuan itu.



Encik Rafizi sebelum ini berkata anggota PKR tidak ada daripada tiga menteri Kabinet yang diumumkan Tun Dr Mahathir sejauh ini.



Ini meskipun Datuk Seri Dr Wan Azizah telah dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >