LONDON: Anggota Parlimen Britain dengan lebihan undi telah menyokong rang undang-undang yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri Theresa May memulakan rundingan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).
Anggota Dewan Rakyat mengundi 494 menyokong berbanding 122 menentang rang undang-undang yang membolehkan Cik May melaksanakan Artikel 50 Perjanjian Lisbon EU, yang akan memulakan perbincangan selama dua tahun untuk keluar daripada blok 28 negara itu.