KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Cik Teresa Kok, semalam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menghasut berhubung video bertajuk Onederful Malaysia CNY 2014 yang disiarkan di YouTube awal tahun ini.
Cik Kok yang juga Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Norsharidah Awang.