Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AP pembangkang M'sia menang rayuan terhadap penahanan salah

Jul 27, 2016 | 11:45 AM



KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan di Malaysia menganugerahkan seorang Anggota Parlimen (AP) pembangkang, Cik Teresa Kok Suh Sim, ganti rugi RM350,000 ($117,000) dalam saman beliau terhadap kerajaan berhubung penahanannya secara salah dan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.



Keputusan itu menterbalikkan satu keputusan Mahkamah Tinggi.



Panel tiga hakim, dalam penghakiman pada Selasa (26 Jul) berkata polis gagal menunjukkan sebab yang mencukupi untuk menangkap AP Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu, mahupun sembarang keperluan mendesak yang boleh mengesahkan penggunaan ISA.



Ia memerintahkan Cik Kok menerima RM200,000 sebagai ganti rugi am dan RM150,000 sebagai ganti rugi teladan dan teruk. Ia juga memerintahkan beliau dibayar RM70,000 sebagai kos.



Keputusan itu menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada April tahun lalu yang menolak saman tersebut, dengan berkata ia berpuas hati dengan kenyataan saksi bahawa penangkapan dan penahanan Cik Kok dilakukan secara sah.



Ia juga mengarahkan Cik Kok tmembayar kos sebanyak RM50,000 kepada setiap defendan.



Cik Kok memfailkan saman pada Mac 2009 terhadap bekas menteri dalam negeri Syed Hamid Albar, bekas ketua polis negara Musa Hassan, pegawai tangkapan E Kim Tien serta kerajaan Malaysia, dengan mendakwa beliau ditangkap secara salah.



Beliau menuntut ganti rugi bagi penangkapan dan penahanan secara salah, kesakitan dan penderitaan dan tekanan mental, ganti rugi am dan khas dan pelepasan lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.



AP itu berkata beliau ditangkap pada 12 Sept 2008 dan ditahan dua jam tanpa dibenarkan menghubungi saudara terdekat atau peguamnya.



Cik Kok kemudian diberitahu beliau ditahan di bawah ISA atas alasan beliau menyertai kegiatan yang boleh mencetus ketegangan kaum dan pertempuran, katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >