Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AP pro-EU Britain mati ditembak dan ditikam, kempen Brexit digantung

Jun 17, 2016 | 08:39 AM



LONDON: Seorang anggota parlimen (AP) pro-Kesatuan Eropah (EU) meninggal dunia selepas ditembak dan ditikam di kawasan undi beliau di utara England pada Khamis (16 Jun), menyebabkan kempen bagi pungutan suara Brexit (Britain keluar daripada zon euro) digantung.



Cik Jo Cox, 41 tahun, ibu dua anak dan AP Buruh bagi Batley dan Spen, ditembak tiga kali dan ditikam seorang lelaki berusia 50-an tahun di kampung Birstall di Yorkshire, seorang saksi memberitahu BBC.



Seorang lagi saksi, Encik Hichem Ben Abdallah, memberitahu Press Association beliau ditembak dua kali.



Polis mengumumkan dalam satu sidang media beberapa jam selepas kejadian bahawa Cik Cox mati akibat kecederaan itu.



Sebelum itu, jurucakap polis berkata seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan berkaitan serangan tersebut.



Seorang lelaki berusia 77 tahun turut cedera dalam kejadian itu.



Seorang pemilik kafe di Birstall, Encik Clarke Rothwell, memberitahu BBC beliau melihat seorang lelaki memakai topi besbol putih dan dan jaket memegang pistol.



"Dia tembak wanita itu sekali dan kemudian dia tembak sekali lagi, dia jatuh ke lantai, membongkok, tembak beliau sekali lagi di kawasan muka.



"Ada seseorang cuba menarik dia, bergelut dengannyab dan dia mengeluarkan pisau, seperti pisau memburu, dan mula menikam beliau enam kali. Orang ramai menjerit dan berlari dari kawasan itu."



Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, berkata kematian Cik Cox satu tragedi dan membatalkan perhimpunan yang beliau rancang di Gibraltar sebagai sebahagian daripada kempennya untuk Britain kekal dalam EU.



Cik Cox berpihak pada kempen 'Kekal', yang menggantung semua kegiatan berkempen pada Khamis, walaupun tidak jelas apakah serangan itu berkaitan pungutan suara Brexit pada 23 Jun.



Jurucakap kumpulan 'Undi Keluar', yang menyokong England meninggalkan EU, berkata 'bas pertempuran'nya telah berhenti berkempen pada hari itu.



Kebanyakan AP Britain mempunyai sedikit atau tiada terus perlindungan keselamatan, tetapi serangan ke atas mereka jarang sekali berlaku. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >