Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi tutup permohonan haji jemaah tempatan

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menutup pendaftaran jemaah haji untuk penduduk tempatan bagi musim tahun ini dan nama yang terpilih akan diumumkan selepas cabutan dibuat tidak lama lagi.



Penolong Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Encik Hesham Saeed, berkata jumlah pemohon haji oleh penduduk tempatan dan ekspatriat yang tinggal di negara itu mencapai lebih 390,000 permohonan.



Encik Saed berkata dalam satu wawancara saluran berita El-Ekhbarya bahawa permohonan pendaftaran haji menerusi aplikasi Eatamarna tamat Sabtu lalu selepas berlangsung sepanjang sembilan hari.



Beliau berkata pemilihan calon akan dilakukan secara e-cabutan dengan keutamaan diberi kepada mereka yang belum pernah menunaikan haji.



"Proses pengasingan dan e-cabutan akan bermula untuk memilih calon daripada jemaah haji yang memenuhi syarat yang diumumkan kementerian sebelum ini.



Encik Saed menjelaskan jemaah yang berjaya dipilih akan menerima kiriman teks dalam telefon bimbit yang digunakan untuk mendaftar maklumat mereka dalam aplikasi jejak kontak itu yang akan memberitahu bahawa mereka dipilih untuk mengerjakan haji.



Jemaah yang dipilih diberi masa 48 jam untuk melunaskan bayaran bagi pakej yang telah ditempah dan hanya selepas itu permit haji akan diberikan kepada mereka.



Sebelum ini, kementerian itu telah mengumumkan bahawa ia akan menggunakan kaedah pemilihan secara elektronik untuk memilih pemohon dalam kalangan jemaah domestik haji tahun ini, bagi menawarkan peluang yang adil bagi pemohon haji dalam kerajaan Arab Saudi.



Kementerian itu berkata pemohon yang memenuhi keperluan haji akan dipilih menerusi kaedah pemilihan secara elektonik sambil menambah bahawa keputusannya tidak akan tergantung kepada sebarang keutamaan, kriteria atau menetapkan pilihan tertentu, sama ada dari segi jantina atau pun kewarganegaraan.



Kementerian itu juga telah menurunkan harga bagi tiga pakej penetapan musim Haji tahun ini.



Pakej Al-Baraj misalnya berharga 13,943.75 Riyal ($5,160.80) bagi setiap jemaah.



Pakej khemah yang telah dibangunkan lengkap pula berharga $4,411.91 dan khemah yang belum dibangunkan lengkap berharga dalam lingkungan $3,367.61 setiap jemaah.



Semua harga belum termasuk cukai tambah nilai (VAT) dan tidak termasuk khidmat pengangkutan pergi dan pulang dari Makkah, kata kementerian itu.



Pendaftaran bagi jemaah domestik bermula pada awal Jun menerusi aplikasi Eatamarna di laman kementerian itu.



Kementerian menetapkan bahawa mereka yang ingin mendaftar haji, sama ada pemastautin atau warganegara, hendaklah berumur tidak melebihi 65 tahun, dan menunjukkan imunisasi lengkap dalam aplikasi Tawakkalna.



Terdahulu, kementerian mengesahkan bahawa jemaah haji dari Eropah, Amerika Utara dan Australia juga boleh mendaftar secara elektronik untuk musim haji tahun ini.



Jemaah haji dari negara-negara ini dapat mendaftarkan data mereka dan menyerahkan dokumen rasmi mereka, termasuk pasport dan dokumen vaksinasi yang diperlukan untuk Covid-19.



Mereka kemudian dimasukkan ke dalam proses undian untuk pakej yang sesuai, dan jika berjaya, harus menyelesaikan proses pembayaran dalam talian.



Selepas itu, permintaan dihantar ke Kementerian Luar Negeri untuk mengeluarkan visa dengan berunding dengan pusat maklumat kementerian.



Kemungkinan tarikh untuk haji tahun ini adalah pada minggu pertama atau kedua Julai, dengan tarikh akhir akan disahkan selepas melihat anak bulan Zulhijah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >