LONDON: Syarikat minyak Saudi Aramco memilih JPMorgan Chase & Co, Morgan Stanley dan HSBC Holdings Plc sebagai penaja jamin bagi Tawaran Awam Awalnya (IPO), demikian lapor Wall Street Journal yang memetik sumber rapat dengan perkara itu.
Syarikat minyak Arab Saudi, yang dikenali sebagai Saudi Aramco, tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut tentang perkara itu, manakala JPMorgan pula enggan mengulas dan Morgan Stanley serta HSBC gagal dihubungi.