Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asean dan Australia meterai perjanjian perangi pengganasan bersama

Mar 17, 2018 | 03:43 PM



SYDNEY - Asean dan Australia menandatangani perjanjian pada Sabtu (17 Mac) untuk bekerjasama dalam memerangi keganasan ekstrem dan pengganasan.



Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull memberi amaran bahawa pengganas menggunakan teknologi digital secara inovatif untuk membiayai, merancang dan mengendalikan serangan mereka.



Pengganas semakin menggunakan kaedah pendanaan bukan konvensional, termasuk mata wang digital, kad nilai yang disimpan dan wadah pendanaan bersama atau 'crowdfunding', menjadikannya lebih sukar untuk mengesan pembiayaan pengganasan, katanya.



Ia juga menjadi lebih kritikal berbanding sebelum ini untuk bekerjasama mengatasi pengganasan kerana barisan depan dalam perjuangan melawannya berada dalam dunia yang saling terkait, kata beliau.



"Kita telah melihatnya dengan sangat jelas tentang arahan terperinci mengenai penyediaan senjata dihantar melalui aplikasi sulit dari Syria kepada seorang individu di Australia," kata Encik Turnbull. "Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada, sentiasa bekerjasama dengan jiran-jiran kita di rantau ini."



Beliau berkata demikian di persidangan menentang pengganasan, tempat Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani oleh Menteri Luar Australia Julie Bishop dan Setiausaha Agung Asean Lim Jock Hoi. Persidangan itu berlangsung di luar Sidang Puncak Khas Asean-Australia.



Encik Turnbull dan pemimpin Asean, termasuk Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, menyaksikan pemeteraian itu.



Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak menekankan pentingnya berjuangan menentang  pengganas di media sosial.



"Ini adalah medan pertempuran utama baru kita - untuk memenangi hati dan minda pemuda kita melalui media sosial supaya mereka tidak mudah tunduk kepada ideologi Daesh yang meleset dan jahat," katanya, menggunakan akronim Arab bagi ISIS.



Di bawah MOU itu, Asean dan Australia akan bekerjasama membangun dan melaksanakan undang-undang menentang pengganasan yang selaras dengan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik.



Mereka juga akan memulakan bengkel menggunakan bukti elektronik dalam siasatan dan pendakwaan terhadap pengganasan dan jenayah rentas negara.



Perjanjian itu juga membuka jalan bagi program pertukaran pelbagai hala untuk penganalisis risikan kewangan dan dialog serantau dan forum bagi rakan kongsi penguatkuasaan undang-undang Asean dan Australia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >