Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asean dan China lancar kod tatalaku dan 'hotline' bagi Laut China Selatan

Sep 07, 2016 | 05:22 PM



NUR ADILAH MAHBOB

adilaham@sph.com.sg

Dari Vientiane, Laos

ASEAN dan China semalam melancarkan kod tatalaku bagi pertemuan tidak dirancang di Laut China Selatan, dan satu talian hotline antara pegawai kanan negara-negara itu bagi menangani kecemasan maritim.

Langkah itu bertujuan mengelak kejadian tidak diingini dalam perairan yang menjadi pertikaian China dan beberapa negara anggota Asean seperti Brunei, Filipina, Malaysia dan Vietnam.

Pemimpin negara Asean dan China melancarkan inisiatif tersebut di Sidang Puncak Asean-China ke-19 di Vientiane, Laos semalam.

Menyusuli mesyuarat itu, Asean dan China mengeluarkan satu kenyataan bersama yang membentangkan beberapa perkara, termasuk talian hotline kecemasan dan tatalaku tersebut.

Berucap di sidang itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata isu Laut China Selatan sebenarnya menawarkan peluang bagi Asean dan China untuk memperkukuh kestabilan.

""Kita boleh mengubah isu ini bagi mendatangkan faedah dalam mencari matlamat bersama meraih keamanan dan kestabilan serantau yang penting bagi pertumbuhan ekonomi berterusan," ujar Encik Lee.

Hubungan Asean dan China lebih luas daripada satu isu sahaja, katanya lagi.

Singapura merupakan negara penyelaras bagi hubungan Asean dan China, yang meraikan ulang tahun ke-25 dialog antara kedua-dua pihak semalam.

Dalam ucapannya di Sidang Puncak Asean ke-29 sebelum itu pula, Encik Lee menggariskan tiga cabaran yang dihadapi Asean - pengganasan, serta meningkatkan perdagangan dan kredibiliti Asean.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >