NAYPYITAW: Asean semalam melahirkan kebimbangan terhadap 'ketegangan yang kian meningkat' di Laut China Selatan dan menggesa disegerakan rundingan dengan China.
Dalam Perisytiharan Bersama yang dikeluarkan di akhir mesyuarat Asean, pertubuhan 10 anggota itu turut meminta Indonesia mengesahkan Perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.