Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Askar Malaysia dijel 7 bulan kerana imej ISIS dalam telefon bimbit

Oct 21, 2015 | 08:35 AM



KUALA LUMPUR: Seorang askar Malaysia dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana memiliki telefon bimbit mengandungi imej berkaitan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).


Hakim Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Azidi Said, 28 tahun, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada Selasa, lapor akhbar The Star.


Beliau mengarahkan hukuman dimulakan dari 19 Ogos, hari Mohd Azidi, seorang koperal yang ditugaskan di Kolej Tentera Darat di Kem Segenting di Port Dickson, ditahan.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata ada beberapa anggota tentera lain yang didakwa melakukan kesalahan berkaitan ISIS dan beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Mohd Azidi.


Dalam menjatuhkan hukuman itu, Hakim Siti Mariah berkata mahkamah melihatnya sebagai satu kesalahan serius dan juga telah mengambil kira beberapa faktor lain, termasuk Mohd Azidi pesalah kali pertama dan pengakuan bersalahnya.


Polis Malaysia telah menahan 132 orang yang disyaki mengaitkan diri dengan unsur pengganasan, termasuk militan ISIS, dengan kerjasama agensi perisikan antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Isnin (19 Okt), lapor agensi berita Bernama.


Daripada jumlah itu, 123 ditangkap kerana terlibat dengan ISIS dan semua telah dikenakan tindakan: 22 diberkas di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA); 38 dibebaskan; 48 sedang didakwa; 14 diperintah tinggalkan Malaysia; dan satu masih dalam siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >