Assad adakan lawatan mengejut ke Moscow

MOSCOW - Presiden Syria Bashar al-Assad telah melakukan lawatan mengejut ke Moscow hari ini untuk menemui Presiden Russia Vladimir Putin.

Ini merupakan lawatan luar negara yang pertama beliau sejak tercetusnya konflik di Syria pada 2011.

Encik Putin telah berikrar untuk meneruskan sokongan ketenteraan kepada Damsyik sambil menggesa satu huraian politik diadakan melibatkan semua pihak untuk menamatkan peperangan di negara tersebut, kata Kremlin.

Encik Assad pula memberitahu Presiden Putin bahawa serangan udara tentera Russia di Syria bulan lalu telah membantu mengekang menularnya "pengganasan" di negaranya.

Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menyifatkan lawatan singkat itu sebagai "lawatan kerja" dan Encik Assad pulang ke Damsyik pagi tadi.

Beliau juga mengucapkan terima kasin kepada Presiden Putin kerana membuat keputusan melancarkan kempen serangan udara di Syria pada 30 September lalu - serangan ketenteraan yang pertama di luar bekas Soviet Union sejak penaklukannya ke atas Afghanistan dalam 1979 - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.