Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Assad sifatkan campur tangan Russia penting, Barat kecam Moscow buat 'silap dahsyat'

Oct 05, 2015 | 11:15 AM



DAMSYIK: Presiden Syria, Encik Bashar Al-Assad, memberi amaran kejayaan campur tangan tentera Russia di negaranya yang dilanda perang penting bagi seluruh Timur Tengah, sedang Moscow mempertingkat pengebomannya pada Ahad (4 Okt).


Serbuan terhadap sasaran yang dikatakan Moscow militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) masuk hari kelima, walaupun Barat menuduh serangan itu kebanyakannya disasarkan terhadap penentang sederhana rejim Assad.


"Perikatan antara Russia, Syria, Iraq dan Iran mesti berjaya, jika tidak seluruh rantau ini akan musnah," kata Encik Assad dalam satu temu bual yang disiarkan televisyen pemerintah Iran.


Russia pergiat kempen pengeboman di Syria, dengan pesawat pejuang terbang lebih daripada 20 misi, sedang ia mencabar dasar Barat membezakan antara militan dan kumpulan pemberontak Islam lain.


Jurucakap Presiden Vladimir Putin berkata Barat tidak menjelaskan istilah "pembangkang sederhana", sedang para pengawas mendakwa jet Russia mengebom dua kampung Syria, mengakibatkan satu orang terbunuh.


Washington menuduh Russia berusaha memperkuat Encik Assad, yang dipersalah kerana menyebabkan konflik yang telah membunuh lebih 240,000 orang sepanjang empat tahun lalu, dan membuat sedikit perbezaan antara pembangkang sederhana yang disokong Barat dan pejuang ISIS.


Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menyifatkan campur tangan Russia sebagai "resipi bencana", tetapi beliau juga berjanji Washington tidak akan ditarik ke dalam perang proksi.


Pada Ahad, Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, menyifatkan keputusan Encik Putin "kesilapan dahsyat".


Presiden Turkeyi, Encik Recep Tayyip Erdogan, turut memberi amaran bahawa kempen pengeboman Russia di Syria adalah "kesilapan besar".


Bagaimanapun, Canselor Jerman, Cik Angela Merkel, berkata usaha ketenteraan perlu di Syria, walaupun ia tidak akan menamatkan perang di sana.


Beliau berkata proses politik juga diperlukan tetapi ia belum berjalan dengan baik, dan rejim Assad j perlu dilibatkan dalam rundingan.


Komen Cik Merkel menunjukkan sokongan semakin luas bagi tindakan ketenteraan di Syria dan Encik Assad perlu memainkan peranan dalam rundingan mengenai menamatkan peperangan di negaranya. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >