Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia beri amaran pengganas mungkin serang Indonesia

Feb 26, 2016 | 11:13 AM



SYDNEY: Australia memberi amaran bahawa pengganas mungkin di "peringkat lanjutan dalam persiapan menyerang" Indonesia dan menasihatkan pelancong supaya mengambil langkah berjaga-jaga, beberapa hari selepas mengeluarkan amaran serupa tentang Malaysia.

"Tanda-tanda terbaru menunjukkan pengganas mungkin dalam peringkat lanjutan dalam persiapan menyerang di Indonesia," kata Jabatan Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (DFAT) dalam satu nasihat perjalanan yang dikemas kini.

"Kami menasihatkan anda supaya amat berhati-hati di Indonesia, termasuk Jakarta, Bali dan Lombok, kerana ancaman tinggi serangan pengganas."

Nasihat itu tidak menaikkan tahap ancaman keseluruhan.

Ia berkata jabatan itu terus "menerima maklumat yang menunjukkan pengganas mungkin merancang serangan di Indonesia, yang boleh berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa".

DFAT berkata pelancong perlu lebih berhati-hati apabila berada di tempat yang mempunyai tahap keselamatan rendah dan semasa berada di tempat yang mungkin diketahui menjadi sasaran pengganas, menyenaraikan tapak serangan lalu seperti kelab malam, bar, kafe, restoran, hotel antarabangsa, lapangan terbang dan tempat ibadat.

"Pemerintah Indonesia baru-baru ini meningkat keselamatan di seluruh Indonesia, yang menekankan ancaman tinggi berterusan serangan pengganas," katanya.

Memberi respon terhadap amaran Australia itu, polis kebangsaan Indonesia menafikan terdapat satu ancaman keselamatan yang pasti berlaku, menurut satu laporan di laman web berita jakartaglobe.com pada Khamis.

"Seperti yang kita dapat lihat, seluruh Indonesia selamat. Orang ramai bebas melakukan kegiatan mereka tanpa rasa takut di seluruh negara," kata jurucakap polis kebangsaan, Encik Agus Rianto.

"Kami sedang berusaha secara berterusan dengan institusi relevan untuk mengekalkan keselamatan."

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Encik Arrmanatha Nasir, berkata beliau tidak menerima apa-apa maklumat mengenai peningkatan ancaman daripada pihak berkuasa Indonesia, tetapi menegaskan kementeriannya menerima nasihat keselamatan sedemikian daripada pemerintah Australia.

"'Penunjuk terbaru' dan 'mungkin'. Itulah tahap kepastian nasihat tersebut," kata Encik Arrmanatha dalam satu taklimat media pada Khamis.

DFAT memberi amaran pada Ahad lalu mengenai kemungkinan serangan di dan sekitar Kuala Lumpur, dan ia mungkin dijalankan secara rambang dan boleh menyasarkan kepentingan Barat atau lokasi yang sering dikunjungi orang Barat.

Britain, New Zealand, Canada dan misi diplomatik lain di Malaysia kemudian memberi notis menasihatkan supaya jangan pergi ke pulau di Sabah. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >