MELBOURNE: Pengawal selia perubatan Australia semalam telah memberikan kelulusan buat sementara waktu bagi vaksin Pfizer digunakan untuk kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun, dengan menteri kesihatan berkata pelancarannya mungkin bermula pada 10 Januari.
"Mereka (Pentadbiran Barangan Terapeutik) telah membuat penilaian menyeluruh dan teliti, dan menentukan bahawa ia selamat dan berkesan dan adalah dalam kepentingan kanak-kanak dan rakyat Australia bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun divaksin," kata Menteri Kesihatan, Encik Greg Hunt.