Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia berkas dua orang, termasuk remaja perempuan, kerana biaya ISIS

Mar 22, 2016 | 11:07 AM



SYDNEY: Polis Australia berkata pada Selasa (22 Mac) mereka telah menahan dua orang, termasuk seorang gadis berusia 16 tahun, atas tuduhan terlibat dalam membiayai operasi kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Penangkapan gadis sekolah dan lelaki berumur 20 tahun itu sebahagian operasi memerangi pengganasan yang bertujuan menggagalkan serangan radikal dalam negeri dan menghentikan aliran dana kepada pejuang asing di luar negara.

"Kami menjangka kedua-dua orang ini akan dikenakan pertuduhan lewat hari ini dan menghadiri mahkamah dan tuduhan yang kami jangka ialah membiayai pengganasan," kata Timbalan Pesuruhjaya Catherine Burn daripada polis wilayah New South Wales.

"Kami akan mendakwa bahawa mereka terlibat dalam mendapatkan wang untuk dihantar ke luar negara bagi membantu Negara Islam dalam kegiatannya," kata beliau.

Agensi pencegahan pengubahan wang Australia berkata November lalu bahawa pembiayaan bagi kumpulan militan dilaporkan bertambah tiga kali ganda tahun lalu, dengan lebih $50 juta ($52 juta) yang boleh digunakan untuk menyokong militan Islam sedang disiasat.

Pihak berkuasa percaya berpuluh-puluh warga Australia telah pergi ke Syria dan Iraq untuk berjuang bersama militan ISIS.

Timbalan Pesuruhjaya Michael Phelan daripada Polis Federal Australia berkata tangkapan terbaru itu tiada kaitan dengan sebarang ancaman serangan akan berlaku dalam negeri. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >