SYDNEY: Agensi antipengubahan wang terlarang Australia berkata laporan mengenai kes "pembiayaan pengganasan" telah naik tiga kali ganda sejak tahun lalu - dengan sekitar 100 orang disyaki menyalurkan A$50 juta ($50.2 juta) keluar dari negara itu bagi menyokong militan di luar negara.
Agensi risik kewangan, Austrac, berkata dalam laporan tahunan yang dikeluarkan minggu ini bahawa mereka telah merekodkan "tiga kali ganda kes mencurigakan" berhubung pembiayaan kepada kumpulan militan di luar negara.