Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia gesa perjanjian keselamatan baru dengan Papua New Guinea

Jan 13, 2023 | 05:30 AM



PORT MORESBY: Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, kelmarin menggesa diadakan perjanjian keselamatan baru yang "pantas" dengan Papua New Guinea, ketika pemerintahnya berusaha untuk menangkis pengaruh China yang semakin meluas di Pasifik.



Dalam ucapan sulung di parlimen Papua New Guinea oleh ketua pemerintah asing, Encik Albanese menekankan keperluan Pasifik "mendahulukan keluarga" - secara tersirat dalam mendepani Beijing.



Pemimpin Australia itu menggesa "kesimpulan pantas" semasa rundingan mengenai perjanjian keselamatan yang meliputi "cabaran undang-undang dan ketenteraman" di negara Pasifik yang kaya sumber alam itu.



Ia akan menjadi "satu perjanjian berdasarkan kepercayaan yang mendalam dan perjanjian yang mendahulukan keluarga dalam mengukuhkan keselamatan serantau", kata perdana menteri Australia itu.



Beliau memulakan lawatan dua hari selepas mengalami jangkitan Covid-19 hingga menangguhkan rancangan asalnya untuk melakukan kunjungan rasmi itu pada Disember lalu.



Pemerintah berhaluan tengah-kiri Encik Albanese telah bertindak pantas untuk mengeratkan hubungan dengan negara-negara Pasifik sejak pemilihannya pada Mei 2022, dan beliau sangat prihatin dengan pengaruh diplomatik, ekonomi dan ketenteraan China yang semakin meluas.



Kuasa Barat digugah pada April tahun lalu apabila didapati China telah menandatangani pakatan keselamatan rahsia dengan Kepulauan Solomon, dengan draf bocor menunjukkan ia boleh membuka pintu kepada lawatan tentera laut China.



Pada bulan berikutnya, bagaimanapun, cadangan China untuk pakatan serantau yang lebih luas bagi meningkatkan peranan Beijing dalam keselamatan Pasifik telah ditolak oleh para pemimpin di tengah-tengah kebimbangan ia akan menarik mereka ke orbit China.



Australia mempunyai hubungan pertahanan yang lama dengan Papua New Guinea, merangkumi kedua-dua angkatan tentera dan polisnya.



Ia telah memutuskan untuk menyerahkan empat bot peronda kepada negara pasifik itu tahun ini.



Papua New Guinea, yang memperoleh kemerdekaan daripada pentadbiran Australia pada 1975, merupakan penerima terbesar bantuan Australia - dengan anggaran AUD$480 juta ($440.48 juta) yang dijadualkan pada tahun ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >