SYDNEY: Australia buat pertama kalinya melaksanakan peraturan keselamatan baru yang membolehkannya menyekat rakyatnya daripada membuat perjalanan ke zon konflik seperti di Iraq dan Syria, di mana puluhan rakyat Australia telah menyertai kumpulan militan.
Menteri Luar Australia, Cik Julie Bishop, telah mengisytiharkan kubu kuat militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di Raqqa sebagai kawasan larangan.