SYDNEY: Sebuah syarikat Australia telah menarik balik produk beri beku menyusuli penularan Hepatitis A yang dikaitkan dengan masalah kebersihan dan bekalan air di kilang pembungkusan China, membangkitkan kebimbangan mengenai keselamatan eksport makanan daripada gergasi Asia itu.
Pihak berkuasa Australia menjalankan siasatan setelah sehingga sembilan orang dijangkiti Hepatitis A selepas makan beri Patties Food Ltd, yang ditanam di Chile dan China sebelum dibungkus di kilang di China.