Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia mesti pilih antara Amerika atau China: Pegawai kanan tentera AS

Sep 01, 2016 | 03:08 PM



SYDNEY: Seorang pegawai kanan tentera Amerika Syarikat berkata pada Khamis (1 Sep) Australia mesti pilih antara perikatan lebih kukuh dengan Amerika atau hubungan rapat dengan China, dan mendesak Canberra supaya mengambil pendirian lebih tegas terhadap tuntutan China di Laut China Selatan.



"Saya rasa rakyat Australia perlu membuat pilihan... amat sukar untuk berjalan di jalur halus antara mengimbangi perikatan dengan Amerika dan hubungan ekonomi dengan China," kata Penolong Ketua Turus Tentera Darat Amerika, Kolonel Tom Hanson, pada Australian Broadcasting Corp. Radio.



"Akan datang keadaan di mana keputusan perlu dibuat mengenai mana satu lebih penting bagi kepentingan nasional Australia," kata beliau.



Kolonel Hanson berkata komen itu mencerminkan pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya pandangan pemerintah Amerika.



Komen tersebut menyusuli penerbitan sebuah buku kecil parlimen yang memberi peringatan kepada penggubal undang-undang Australia supaya melihat motif China di rantau ini dengan berhati-hati.



Australia, sekutu kuat Amerika, sebelum ini mengundang kritikan daripada China kerana menjalankan penerbangan pengawasan ke atas pulau yang dipertikai di Laut China Selatan, dan menyokong tindakan kebebasan pelayaran Amerika di sana.



Namun, Australia belum melakukan pelajaran sedemikian secara tersendiri.



"Jelas bahawa China percaya ia ada peluang dan ia rasa diperkasa untuk melakukan pelanggaran secara terang-terangan, dan demonstrasi oleh Australia akan dialu-alukan," kata Kolonel Kol Hanson.



Menteri Luar Australia, Cik Julie Bishop, berkata sebagai respons kepada komen Kolonel Hanson bahawa peranan Amerika di rantau Indo-Pasifik sama penting sekarang seperti dahulu.



"Kami sedang mengimbangi hubungan antara sekutu strategik terbesar kami dan rakan dagang terbesar kami dengan diplomasi cekap, konsisten dan pragmatik," kata Cik Bishop dalam satu kenyataan.



China rakan perdagangan terbesar dan sumber besar pelaburan asing Australia. Ia membelanjakan AS$11.1 bilion bagi aset di Australia, kebanyakannya hartanah, pada 2015, menurut firma perakaunan dan perundingan KPMG dan Universiti Sydney. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >