Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia mohon maaf kepada Indonesia

Jan 17, 2014 | 03:45 PM



SYDNEY: Australia hari ini memohon maaf kepada Indonesia kerana telah menceroboh perairan jirannya itu semasa melaksanakan dasar kontroversial menghentikan bot-bot yang membawa pencari suaka daripada memasuki perairannya.


Perakuan tentang pencerobohan itu dijangka akan memburukkan lagi hubungan antara kededua negara yang kini berada di tahap paling rendah sejak tahun 1990-an.


Ini selepas dakwaan baru-baru ini bahawa Australia mengintip Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan beberapa pegawai kanan Indonesia.


Menteri Imigresen Australia, Encik Scott Morrison, berkata beliau telah diberitahu awal minggu ini tentang "pencerobohan yang tidak disengajakan" itu, yang berlaku beberapa hari dan telah segera memberitahu tentara laut Indonesia.


Katanya, Menteri Ehwal Luar, Cik Julie Bishop, tidak dapat menghubungi rakan sejawatannya dari Indonesia, Encik Marty Natalegawa, yang berada di Myanmar bagi menghadiri mesyuarat Asean, untuk membincangkan tentang pencerobohan itu.


Tambah beliau, satu kenyataan maaf rasmi dijangka dikeluarkan kedutaan Australia di Jakarta hari ini. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >