SYDNEY: Di bawah undang-undang kontroversial yang diperkenalkan di Parlimen semalam, Australia berhak melucutkan kerakyatan warganya sekiranya mereka terlibat dengan pengganasan di luar negara.
Perincian mengenai Rang Undang-Undang Kesetiaan kepada Australia itu didedahkan ketika ibu mentua seorang lelaki yang dipercayai terbunuh di Iraq semasa berjuang untuk militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) merayu supaya isteri lelaki itu dan anak-anak mereka dibenarkan pulang.