Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia rampas jumlah rekod 1.4 tan kokain bernilai $337j

Feb 06, 2017 | 02:36 PM



SYDNEY: Dadah kokain seberat 1.4 tan dengan nilai jalanan anggaran A$312 juta ($337 juta) dirampas apabila Australia merampas sebuah kapal layar pada 2 Februari lalu.



Bot itu berhenti di luar pantai New South Wales dan enam lelaki ditangkap menyusuli siasatan bersama Australia dan New Zealand selama dua setengah tahun, kata polis pada Isnin (6 Feb).



"Ini rampasan kokain terbesar dalam satu operasi dalam sejarah Australia," kata Menteri Imigresen Peter Dutton.



Polis berkata kapal layar itu belayar dari New Zealand ke "sebuah kapal induk" di Pasifik Selatan untuk mengambil dadah tersebut bulan lalu.



Dua lelaki - warga New Zealand berusia 63 tahun dan warga Switzerland-Fiji berusia 54 tahun - ditangkap di atas kapal layar itu.



Empat lagi lelaki, berusia antara 32 dan 66 tahun, ditangkap di Sydney.



Ia rampasan kedua yang memecah rekod dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menyusuli tindakan polis meleburkan satu sindiket kokain Disember lalu dalam satu operasi bersama Tahiti.



Rampasan pertama itu melibatkan 1.1 tan kokain bernilai ratusan juta dolar yang disasarkan bagi pasaran Australia dirampas di Tahiti dan Sydney.



Harga jalanan tinggi membuat Australia destinasi menarik bagi penyeludupan dadah, dengan polis berkata mereka telah merampas lebih 11 tan dadah yang disasarkan bagi pasaran tempatan dalam tempoh 18 bulan lalu.



"Kami berharap operasi ini menghantar mesej kuat kepada sesiapa sahaja yang berfikir untuk menyeludup dadah: tidak kira betapa inovatif atau kompleks cara mereka, kaedah pengesanan dan sumber kami yang berkembang, termasuk di laut, akan bersaing dengan mereka," kata Timbalan Polis Persekutuan Australia, pesuruhjaya operasi Michael Outram. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >