SYDNEY: Pemerintah Australia menggambarkan lebih ramai kakitangan awam bakal kehilangan pekerjaan sedang laporan bahawa sekitar 175 agensi pemerintah dalam bidang seperti sains Antartik dan kemarau akan dimansuhkan.
Pentadbiran konservatif Perdana Menteri, Encik Tony Abbott, telah berhujah secara konsisten bahawa pemerintah Australia telah menjadi terlalu besar di bawah kepimpinan Buruh sebelum ini.