Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Awas, IS perguna bahasa Melayu sebar fahaman ganas, rekrut penyokong

Kumpulan militan terbitkan akhbar untuk tujuan itu
Jul 12, 2016 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kumpulan militan IS kini memuat naik surat berita dalam bahasa Melayu dan Indonesia dalam usaha menyebarkan dakyahnya di kalangan umat Islam Indonesia dan Malaysia.



Kumpulan militan IS mula menerbitkan akhbar berbahasa Melayu pertama mereka Al Fatihin itu bagi menyebarkan dakyah serta menarik lebih ramai orang dari rantau ini menyertai kumpulan mereka.



Akhbar edisi pertama yang diterbitkan pada bulan lepas itu memuatkan pelbagai propaganda dan berita mengenai kegiatan militan mereka dalam bahasa Melayu dan Indonesia.



Menurut Utusan Online, edisi pertama Al Fatihin memuatkan pelbagai propaganda dan berita berkaitan kegiatan militan mereka dalam bahasa Melayu dan Indonesia.



Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan bahawa akhbar setebal 20 muka surat itu dilancarkan di selatan Filipina pada 20 Jun lalu, sebelum kandungannya disebarkan secara dalam talian dan media sosial.



Sumber keselamatan percaya penerbitan Al Fatihin dinaungi dan dibiayai Furat Media iaitu saluran yang dianggap sebagai media swasta IS di seluruh dunia.



IS sebelum ini telah menyampaikan propagandanya melalui video bahasa Melayu di YouTube.



Ia antaranya memberi amaran bahawa ibu pejabat polis Bukit Aman tidak lagi akan aman dan mereka akan memenggal leher musuhnya.



Akhbar Al Fatihin boleh dimuat turun dengan mudah dalam format PDF melalui beberapa laman perkongsian fail.



Di samping memuatkan pelbagai hadis mengenai hukum dan fadilat berpuasa, ia juga menerbitkan infografik propaganda mendakwa beberapa kejayaan baru kumpulan militan itu sepanjang dua bulan sebelumnya (Rejab dan Syaaban).



Muka depan edisi itu memuatkan pesanan daripada pemimpin IS, Abu Hamzah al-Muhajir.



"Musuh-musuh berada di hadapan kalian, maka bunuhlah orang musyrikin itu di mana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah mereka di tempat pengintaian," katanya.



Sebelum ini, dilaporkan terdapat sehingga 200 anggota IS warga Malaysia dan 400 warga Indonesia di Timur Tengah.



November lalu, kajian Pusat Penyelidikan Pew berpusat di Washington mendapati satu dalam 10 responden di Malaysia bersimpati dengan kumpulan pengganas itu.



Bulan lalu, sebuah klip video memberi amaran kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dengan mengugut akan melancarkan serangan menyusuli tindakan polis Malaysia membanteras penyokong kumpulan itu.



Pada 4 Julai, Tan Sri Khalid mengesahkan serangan bom tangan di sebuah pub di Puchong, Selangor, pada 28 Jun lalu merupakan perbuatan pengganas berkait IS.



Polis Malaysia mengumumkan turut menangkap 15 orang yang disyakit terlibat dengan IS, termasuk dua anggota polis. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >