KUALA LUMPUR: Hasrat Rozana Misbun, isteri vokalis Wings, Awie, mahu menyelesaikan tuntutan hadhanah (hak penjagaan kekal) tiga anak mereka menemui jalan buntu apabila penyanyi itu cuba mengelak daripada menerima surat saman yang dikeluarkan kepadanya.
Rozana, 36 tahun, berkata beliau menerusi peguamnya beberapa kali cuba menyerahkan dokumen berkenaan namun gagal apabila Awie melakukan pelbagai helah tidak mahu menerima dokumen itu.