Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ayah, anak di Pulau Penang didakwa edar dadah bernilai $7.6 juta

Dec 30, 2017 | 01:37 PM



BALIK PULAU (Pulau Pinang): Seorang bapa dan seorang anak lelakinya menunjukkan muka selamba  apabila  didakwa mengedar  satu juta pil  Erimin 5  bernilai lebih RM23 juta ($7.6 juta) pada Jumaat (29 Dis).



 Rushdi Ismail, penganggur berusia 47 tahun, dan anaknya, Muhammad Wafiy Ikhwan, 18 tahun, serta  Razis Md Yusoff, 34 tahun, didakwa secara bersama mengedar  419.152kg nimetazepam (Erimin 5) di Block B Kompleks Kargo MAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pada 17 Dis.

Muhammad Wafiy dan Razis  pekerja sebuah agensi pengiriman.



Tuduhan di bawah akta dadah berbahaya itu  membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Nur Fadrina Zulkhairi menetapkan 26 Feb untuk sebutan kes sementara menunggu laporan ahli kimia.

Dilaporkan pada  Selasa lalu bahawa jabatan kastam merampas  12 kotak pil Erimin 5  dalam salah satu rampasan  terbesar  tahun ini. Ia hasil maklumat  awam.



Timbalan ketua pengarah kastam (penguatkuasaan/pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata dadah itu diterbangkan dari Taiwan ke lapangan terbang tersebut pada 14 Dis.



Jabatan itu  memantau barang-barang tersebut selama empat hari sebelum bergerak  untuk menahan dua lelaki yang cuba mengangkutnya   dari gudang MAS Cargo ke gudang ejen mereka.



Suspek ketiga ditangkap   Selasa lalu. Siasatan mendedahkan bahawa barangan itu  diisytiharkan sebagai bahagian mekanikal. – The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >