Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Azizah mahu teruskan legasi Anwar

May 04, 2015 | 05:40 PM



BUKIT MERTAJAM (Pulau Pinang): Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tidak memikirkan soal undi majoriti, tetapi yang penting ialah kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bagi meneruskan legasi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, pelbagai faktor akan mempengaruhi jumlah undi majoriti, tetapi yang penting ialah kemenangan bagi membolehkan calon bertanding menjadi Ahli Parlimen.


"Soal undi majoriti, banyak faktor yang perlu diambil kira, tetapi yang penting ialah kemenangan PKR pada PRK ini bagi meneruskan legasi Anwar Ibrahim.


"Dalam PKR, kita mementingkan kepedulian dan kebajikan rakyat serta keadilan sosial," katanya selepas bertemu penganut Buddha yang menyambut Hari Vesak di Tanah Liat, dekat sini, semalam.


Pada PRK 2008, Anwar menggantikan Azizah memperoleh undi majoriti 15,671 ketika menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, tetapi berkurang kepada 11,721 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ketika menentang Dr Mazlan Ismail. - myMetro.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >