Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Azmin usaha ubah status 'rahsia rasmi' laporan Juruaudit Negara mengenai 1MDB

Aug 16, 2016 | 02:20 PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi ahli parlimen pertama mahu mengubah status laporan Juruaudit Negara mengenai syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang kini merupakan satu "rahsia rasmi".



Menteri Besar Selangor itu akan memohon kebenaran daripada Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.



Bercakap kepada pemberita di sini selepas memfailkan dokumen mahkamah itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Azmin, yang disertai peguamnya, Encik R. Sivarasa, berkata beliau memfailkan permohonan sebagai Anggota Parlimen Gombak.



Datuk Seri Azmin, yang peguam utamanya, Encik Tommy Thomas, berada di luar negara, berkata pendirian mereka ialah "sebaik sahaja anda mengaudit, tujuannya ialah mendedahkan apakah terdapat sembarang penyalahgunaan mana-mana bahagian kewangan syarikat itu".



Dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran itu, beliau menamakan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, Juruaudit Negara Ambrin Buang dan kerajaan sebagai responden.



Datuk Seri Azmin, yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), memohon untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Datuk Seri Najib bertindak di bawah konflik kepentingan apabila beliau mengeluarkan satu sijil di bawah Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 untuk mengarahkan Tan Sri Ambrin supaya mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai "rahsia rasmi".



Beliau meminta satu pengisytiharan bahawa klasifikasi laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi di bawah OSA oleh Tan Sri Ambrin menyalahi undang-undang dan ultra vires (di luar kuasa) Perlembagaan Persekutuan, OSA dan Akta Audit 1957.



Datuk Seri Azmin juga mahu mendapatkan perintah daripada mahkamah memaksa responden, pegawai atau ejen mengubah status laporan 1MDB itu menurut Seksyen 2C OSA dan mengeluarkannya kepada orang ramai.



Datuk Seri Azmin berkata beliau tidak menuntut kos prosiding itu memandangkan ia perkara kepentingan awam.



Dalam kenyataannya, Datuk Seri Azmin berkata laporan 1MDB itu telah disiarkan dalam talian oleh Sarawak Report antara 6 dan 30 Julai, dengan itu memusnahkan asas bagi sebarang kerahsiaan diteruskan.



Dalam afidavit sokongannya, beliau berkata klasifikasi laporan tersebut sebagai 'rahsia rasmi' tidak pernah berlaku sebelum ini.



Dalam satu kes ujian yang difailkan pada 5 Ogos, ahli perniagaan Muhammad Zahid Md Arip, 50 tahun, memohon untuk mengubah status laporan audit terakhir mengenai 1MDB. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >