KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion ($0.93 bilion) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah sumbangan penderma, bukannya daripada dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
SPRM dalam kenyataan di sini semalam berkata laporan hasil siasatan berkaitan dana itu sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara, lapor Berita Harian Online semalam.